Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur serta YB Anfaal Saari, EXCO Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor atas penganugerahan Geran Pusat Jagaan Negeri Selangor kepada TASKA Joys Child Care Centre.
Pengiktirafan ini amat bermakna buat kami sebagai tanda sokongan dan kepercayaan terhadap usaha kami dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang berkualiti, selamat dan penuh kasih sayang. Semoga dengan bantuan ini, JCCC dapat terus meningkatkan mutu perkhidmatan serta memberi manfaat yang lebih besar kepada anak-anak dan ibu bapa.
Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat 🤲 ✨ Moga segala usaha ini diberkati dan dipermudahkan. “We Care Everything” 💛 💙 Nur Hanis #joyschildcarecentre #taskaterbaik #geranpusatjagaan #fyp